Inspiration

Inspiration
My lil'Princess

Pages

Tuesday, October 2, 2012

Peperiksaan SPA (Pen. Peg. Tek. Maklumat F29) + Berikan buah tangan pada Mama & Tok

Assalamualaikum w.b.t,

Seawal jam 6.50 pagi aku bangun mandi, solat dan mengaji Al-Quran. Kemudiannya aku bersiap untuk menghadiri ujian FASA 1 jawatan penjawat awan iaitu penolong pegawai teknologi maklumat F29. Ujian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kadir Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pada jam 7.30 pagi aku mula bertolak ke tempat ujian. Sepatutnya pada hari ini aku ada tutorial dengan lecturer tapi dah ada ujian SPA aku skip kelas la sebab mana la tau ada rezeki aku anak beranak.. Sebelum pergi sempat lagi wife nak tapau nasi lemak.. Saya pon ok saja..

Lebih kurang jam 8.10AM aku tiba di kepala batas, sebelum itu aku tuju kekedai nasi lemak dulu sebab wife nak makan. Then aku ke sekolah tersebut.. Lokasi ujiannya adalah di Dewan Besar sekolah tersebut.. Sekolah itu merupakan sekolah yang amat bersejarah dan bermakna dalam hidup aku kerana ditempat inilah aku lawan Final Debat peringkat Negeri dengan sekolah Irsyad..

Pada jam 8.30AM kami dikehendaki masuk ke dalam dewan untuk bersedia ujian seksyen A. Disini saya nak kongsikan pengalaman dan tips untuk ujian SPA.

Untuk Jawatan "Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) - kertas ujian seksyen A, Apa yang perlu kita prepare adalah:

1. Soalan seksyen A akan bertanyakan mengenai isu semasa dan perkara yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

2. Apa yang perlu kita bersedia adalah dengan mengulangkaji mengenai Database, Virus, Anti-Virus, Programming, Networking dan principle mengenai komputer (e.g: BIOS, POST dll.) CONTOH SOALAN:

Tetikus adalah peranti?
A. Input
B. Output
C. Process
D. None.

Jaringan apakah yang digunakan bagi kawasan yang kecil?
A. LAN
B. WAN.
C. MAN
D. None.

**Diatas adalah contoh soalan yang diberikan semasa ujian SPA saya.

3. Okay seterusnya adalah perkara isu semasa yang kita perlu tahu. Cuba anda fikirkan perkara yang amat popular berlaku pada negara kita dan sekitarnya. Okay untuk masa sekarang iaitu September 2012, perkara yang amat popular berlaku adalah Kisah Perhimpunan Bersih, Pelaksanaan 1 Malaysia Janji Ditepati, Belanjawan 2013 dll. So bab ini kita kena pandai jawab. CONTOH SOALAN:

Sekiranya terdapat individu yang ditangkap menghadiri perhimpunan haram, Apa perlu dilakukan oleh polis untuk membuat penangkapan orang yang mengikuti perhimpunan haram?
A. Perlu mendapat Waran.
B. Menangkap tanpa mendapatkan Waran.
C. Perlu mendapat kelulusan pihak atasan.
D. None.


Untuk Jawatan "Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) - kertas ujian seksyen B, Apa yang perlu kita prepare adalah:

1. Kena tahu kira-kira guna otak.. masa ujian ni semua jadi candidate tudia macam kalkulator..
2. Kena tahu basic kira-kira. sebab soalannya berkaitan matematik. tapi tak da la susah sangat.. tapi ada juga la sedikit soalan keluar mengenai trigonometri, geometri dan subset aritu..
3. Soalan uji minda. Soalan ini pon killer juga pada sapa yang tak pandai imaginasi.. so practise!.. Contohnya soalan kebarangkalian dan gambar rajah. CONTOH SOALAN:

Sekiranya Gaji Faiz RM1800 sebulan, dan gaji Faizun adalah kurang 30% dari Faiz. Berapakah gaji Faizun?
A. RM540
B. RM1260
C. RM 1500
D. RM1000

| 3 | 8 | 10 | 5   |
| 4 | 2 |  ?  | 1   |
| 6 | 7 | 11 | 13 |

Berdasarkan Gambar diatas, Apakah kebarangkalian nombor untuk petak kosong?
A. 12
B. 0
C. None


36, 28, X, 22

Apakah nombor yang sesuai bagi X?
A. 25
B. 24
C. 23
D. 26

**Peringatan!!! Seksyen B ini kena jawab dengan pantas sebab memang tak kan cukup masa kalau kita buat lambat-lambat. Tipsnya. Anda buat sebera pantas yang boleh dan buat soalan yang senang dahulu then role back baru buat soalan yang susah sikit. macam saya.. saya buat soalan senang dan bulatkan dalam kertas soalan dulu.. fokus pada soalan.. then bila dah siap baru la tanda atas kertas jawapan..


Untuk Jawatan "Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) - kertas ujian seksyen C, Apa yang perlu kita prepare adalah:

1. Hanya perlu tahu mengenai diri sendiri dan persekitaran. seksyen ini tiada salah dan betul. Ia cuma nak kita jawab soalan dengan jujur.. Itu sahaja tapi soalannya banyak sehingga 185 soalan.. Tapi insyaallah boleh siap on time.. CONTOH SOALAN:

Adakah anda yakin dengan pandangan sendiri dan tidak perlu mendengar pandangan orang lain?
A. SETUJU
B. TIDAK SETUJU
C. TIDAK TAHU

Adakah anda lebih suka bekerja sendiri dari bekerja didalam satu kumpulan?
A. SETUJU
B. TIDAK SETUJU
C. TIDAK TAHU

Ini sahaja tips dan sedikit contoh soalan yang dapat saya bantu dan share.

Sambung balik cerita mengenai kisah saya, Okay la lepas balik dari ujian SPA tu aku terus pergi ke rumah Tok dan mama. saja la balik. nanti kalau tak balik orang kata apa pula.. baik aku jalankan tanggungjawab aku sebagai anak. On the way dalam perjalanan aku teringat dan teringin nak beli sedikit buah tangan untuk mereka iaitu beras dan gula saja.. walaupon itu saja yang aku berikan tapi ikhlas dari aku.. dan itu sahaja yang aku dapat berikan buat masa sekarang.

Sesampai dirumah Tok aku bersembang dengan tok dan mama.. Best dapat spend time together. Lepas tu aku pon balik rumah.. sebab wife dok tunggu kat rumah... lapar la tu... ehehehehe.. Then saya habiskan masa seharian dirumah bersama isteri tersayang..

Wallahua'lam...



1 comment:

  1. trima kasih atas perkongsian pgalaman.. mcm mana slps tu?adakah bjaya utk pangilan temuduga? smg bjaya dlm hdp... rezeki ada dmana2.

    ReplyDelete